Wednesday 5 March 2014

Hebahan kepada anggota Koperasi


                          PENGUMUMAN                            TARIKH :   03 MARCH  2014


TAWARAN USAHASAMA PERTANIAN  FERTIGASI.

Merujuk perkara diatas.

2.         Pihak koperasi ingin menawarkan pakej USAHASAMA  pertanian dibawah nama
AL –QIRADL MUDHARABAH  PERTANIAN.

3.         Setiap pelaburan dan hasil pulangan adalah menepati garis panduan syariah yang telah ditetapkan dan pakej  ini adalah TERHAD kepada ahli koperasi sahaja.

4.         Setiap peserta yang menyertai akan menandatangani perjanjian usahasama bersama pihak koperasi.

Sehubungan dengan itu,turut dilampirkan peringkat penanaman dan  gambar lokasi tapak pertanian rock melon. Untuk keterangan lebih lanjut boleh menghubungi 013 747 1242 / 0113 2138 333 – sekriteriat rasmi koperasi.


Sekian,terima kasih.


Pengerusi Koperasi,
Koperasi Kakitangan Al Ahad Selangor Berhad.



Projek Pertanian Fertigasi ROCK MELON & TIMUN SUSU



Projek Pertanian Fertigasi

Projek pertanian ini adalah merupakah langkah pertama bagi mewujudkan 
satu sistem baharu dalam penghasilan tanaman rock melon dan timun susu secara fertigasi

Pertanian ini adalah langkah pertama dalam mencapai visi dan misi koperasi untuk menjadi diantara pengeluar utama di Malaysia.

Rangka kerja pertanian yang dibina adalah khusus mengikuti spesifikasi 
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia(SALM) dan  berdasarkan Malaysian Standard MS 1784 : 2005
Crop Commodities -Goof Agricultural Practices (GAP).

Maklumat lanjut mengenai apa itu SALM boleh di lihat di http://www.moa.gov.my/web/guest/salm.


Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat koperasi : 013 747 1242 /  0113 2138 333.


Fetigasi ROCK MELON.









Fetigasi TIMUN SUSU











Thursday 31 October 2013

Pendaftaran Kini Dibuka, JOM, Bersama Kami Dalam Revolusi Muamalat Islam. Keanggotaan Koperasi Kakitangan Al Ahad Selangor Berhad. Pendaftaran sesi 2013 Kini,sudah Dibuka !!!



PENGENALAN.
Koperasi  Kakitangan Al-Ahad Selangor Berhad(KKAASB) adalah merupakan satu organisasi muamalat yang mengajak umat Islam bermua’malah berlandaskan syariah.Hasratnya adalah menjadi satu organisasi contoh dalam memberi pendedahan serta penerangan secara khusus mengenai tatacara dan kaedah pelaksanaan muamalat islam yang berlandaskan syariah.

Sektor  3P (Pertanian,Penternakan,Peladangan) menjadi peneraju utama dalam asas perniagaan KKAASB.

Misi Utama Koperasi memastikan setiap ahli memahami konsep muamalah dan kod etika muamalat.KKAASB bermatlamat agar PRINSIP MUAMALAT ini dapat disemat disetiap umat ISLAM di Malaysia.

KKAASB  menyediakan rangkaian jaringan  muamalat perniagaan untuk setiap ahli dibawah naungan dibawah nama DEWAN MAHABBAH MUAMALAT.

KKAASB turut bekerjasama dan bernaung dibawah Majlis Syura Ulama' Nusantara yang dianggotai 91 Orang Ulama' dari seluruh pesantren nusantara.Selain daripada Pusat Rujukkan,Majlis ini mengawal selia perundangan dalam setiap operasi KKAASB serta aktiviti ahli dalam melaksanakan muamalat yang dijalankan.

Syarat Keanggotaan KKAASB.

-ISLAM
-Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun dan keatas
-Mematuhi undang-undang muamalat dan etika muamalat .

Yuran Keanggotaan

RM 180.00 Sahaja.

Kelebihan Keanggotaan.

1. Faedah Perlindungan Diri - sehingga RM 30,000.00
    *tanpa perlu pencaruman setiap bulan

2. Khairat Kematian           -  RM 3,000.00

3. Cenderahati Esklusif + Talian Rasmi KKAASB (ALTEL 0113)

4. Syer Keahlian  Tetap    -  RM 50.00 ( WAJIB )

5. Syer Pelaburan Perniagaan Koperasi   - RM 500.00 (  PILIHAN  )

6. Keutamaan dalam setiap rangkaian perniagaan dibawah KKAASB.

7. Percuma Keahlian Dewan Saudagar & Sahabat Mualamat. ( Terhad 100 Orang )


PENDAFTARAN kini dibuka,ayuh bersama kami dalam REVOLUSI MUAMALAT ISLAM.Jadilah yang terawal dalam pembentukkan dan pengukuhan sistem muamalat islam.

Untuk maklumat lanjut mengenai kami :-

Hubungi pegawai khidmat pelanggan -

013 7471242 /  0113 2138 333 ( koahad)

sms juga akan dilayan.

Untuk melihat lebih dekat,layari :

Facebook (Sertai kami)

https://www.facebook.com/pages/Koperasi-Kakitangan-Al-Ahad-Selangor-Berhad/648068998558518

Ayuh,bersama kami didalam REVOLUSI MUAMALAT ISLAM.


Monday 21 October 2013

Pendaftaran Keanggotaan Kini Dibuka.!!!

Pendaftaran keanggotaan Koperasi Kakitangan Al Ahad Selangor Berhad kini dibuka. Sila hubungi talian khidmat pelanggan kami:-
                                                     
                                                  0113 - 2138 333 (Koop Al Ahad)

AKAUN RASMI KOPERASI

Nama Akaun : KOPERASI KAKITANGAN AL AHAD SELANGOR BERHAD

 No. Akaun : 5621 0663 9441

Bank : MAYBANK BERHAD